PERNYATAAN MASALAH




Kimia merupakan satu matapelajaran yang penting yang dipelajari di program matrikulasi KPM. Namun sering dinyatakan bahawa ramai pelajar tidak meminati matapelajaran ini kerana pelajar tidak dapat menggambarkan (berimaginasi) kepada sebahagian daripada topik kimia itu sendiri.

Topik melakarkan struktur d-orbital merupakan salah satu topik yang sukar difahami oleh pelajar. Ini kerana kandungan topik ini memerlukan pelajar lebih berimaginasi bagi mengenal pasti bentuk     
d-orbital bagi setiap sebatian. Sebanyak 5 struktur d-orbital yang perlu difahami oleh pelajar. Setiap pelajar dikehendaki untukmelakarkan bentuk tersebut secra 3 dimensi serta dapat melabelkan kan paksi dengan betul

Dengan menggunakan model 3 dimensi ini diharapkan  dapat membantu pelajar bagi mudah menghafal kesemua bentuk d-orbital ini dengan lebih cepat serta boleh digunakan model ini sebagai aktiviti didalam kelas untuk meningkatkan kefahaman pelajar. Model d-orbital ini juga boleh digunakan oleh pelajar bagi melakukan aktiviti pembelajaran kendiri. Pelajar boleh membuat hubungkait bagi setiap bentuk molekul yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment